-->

Kutub Utara Kutub Selatan

qasehsayang18.blogspot ~~TeeNagE DreAmS~~


glitter-graphics.com

glitter-graphics.com

Wednesday, November 27, 2013

Deep

Penat.Letih.
Kecewa dengan perasaan sendiri.
Sudah-sudahla  Asiah.

todays lab. Bonzai tree.


Posted by Chekgu As at 11/27/2013 11:22:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, November 9, 2013

What Keeps Teachers Going?

Baca. Read. Iqra' #fyp

 


Posted by Chekgu As at 11/09/2013 11:56:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, November 6, 2013

Macam microphone

Jangan mengaku orang kampung kalau tak tau apakah entiti yang kat atas ni.
#childhoodmemories


Posted by Chekgu As at 11/06/2013 09:59:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, October 30, 2013

Miccos 2013

Assalamualaikum.
Selamat malam semuaa.

Entry ni aku nk cerita pasal miccos yg sempat aku lawat kat Maeps, Serdang. Miccos ni shortform utk Malaysia International Commodity Conference & Showcase. Pendek kata nak bg hampa paham, dy mcm pameran utk perladangan (sawit|getah|koko|etc)

Aku ni bukanlah rajin sgt nak menyebokkan diri dgn pameran segala ni, tp disebabkan kena buat report, terpaksa la gagahkan diri p jugak tatkala ingin memanjakan diri di kala weekend.Dush!


 
Kat atas ni gambar replika KLCC Tower yang diperbuat daripada chocolates!!Looks yummy right?

 

New invention in agriculture di mana alat ni boleh letak kat setiap pokok getah. How it works? Dy macam robot. Tak payah guna khidmat manusia utk toreh. Nama dia AUTOMATIC RUBBER TAPPING SYSTEM. Jimat masa, jimat tenaga tapi tak jimat kos. aku rasa la. mesti thousands punya menatang ni. Kalau dalam kebun ada  2, 3 pokok tak pa la. Tapi kalau beratus or beribu pokok?Alamatnya tak balik modal la chek oii..silap silap pencuri pon dah tak curi sekerap, curi robot ni.ha sudah!


 

Benda comeyy kat atas ni pon another genius work. Function dy utk kutip lerai2 kelapa sawit. Time harvest buah sawit tak semua buah elok2 dalam 1 tandan. MesTi ada yg jatuh kat tanah. So, nilah kerja menatang ni. Kutip lerai2 tuh n dapat elakkan peladang dari sakit belakang. Thumbs up!

Actually dpt byk la info time p kt miccos ni. Walaupun rasa terpaksa pada awalnya, tapi bila dah p, rasa mcm wow!!worth going! So,lepas ni kalau ada apa2 event kt mardi or maeps tuh, rajin2 la jenguk ye..instead of hang dok goyang kaki kat bilik sambil tgok running man yang tak berkesudahan tuh, moh le tambah ilmu sikit. #facepalm

p/s: byk betul food tester. sukaaaaaaaa :D



Posted by Chekgu As at 10/30/2013 10:48:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, September 30, 2013

Mari melukis!

Assalamualaikum w.b.t

Baru lepas siapkan 43 drawingssss utk lab hortikultur hiasan. 
Memang tak pandai lukis..tapi pics yg aku tempek kt bawah ni 2 out of 43 drawings yang aku rasa lawa la. 
Aku rasa oke. Aku ja la ;)

Lukis--->Scan--->Upload. Yes, aku memang gigih!





Posted by Chekgu As at 9/30/2013 02:07:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, September 29, 2013

FYP Thingy TT

Assalamualaikum.

Dah berbulan-bulan collect data, tapi hari ni baru terasa nak analyze data pakai SPSS. Bukannya apa, malas nk menyesakkan dada, memeningkan kepala, melebamkan mata, n menghilangkan selera bila dah start analisis data yang aku dapat dari survey.

 Ponat oii. 1 whole day aku just belek benda kt bawah ni.


maaf atas kualiti gambar tahap sampah



Untuk pilot test, sepatutnya aku dapat 1.0 untuk kebolehpercayaan. Tapi tapi kan setelah data yg aku dapat dianalisis, aku just dapat 0.2 untuk kepuasan kerja n 0.02 untuk job burnout. Guane tu?

Ok aku dah start pening. Mungkin  aku patut stop buat benda ni n beralih arah pulak kt 40 lukisan yg aku kena htr next week. Go go Asiah!

Gambar yang diambil ketika masih bahagia tanpa ada sekelumit perihal FYP dalam memori. Dush!


Posted by Chekgu As at 9/29/2013 12:01:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, September 15, 2013

Pasaraya Desa Sapura, Pui dan Ida.

Assalamualaikum.
Bangun tidur pagi ni tengok Su dah tak ada atas katil.
Where's Su????
Sob sob sob.

Oke.
Entry kali nih aku nak cerita pasal pengalaman aku kerja during previous semester break.
Jadi part timers kat Pasaraya Desa Sapura. Tauke pasaraya ni nama dia Pui and Ida tu pulak my workmate.
Aku kerja kat situ sebulan ja, during August.

Working hours: 10 a.m-8 p.m. Kerja kat situ enjoy la jugak..kira ok la sebab dapat tauke yang gila2 walaupun he's Chinese and Ida pon sekepala dgn aku.

Disebabkan aku kerja kt situ masa bulan puasa, so kerja teruk la sket. Kat bawah ni list kerja yang aku kena buat:
-pagi2 sapu sampah, luar n dalam kedai.
-susun air tin/kotak dalam peti bagi penuh.
-letak harga barang
-susun brg2 atas rak.
-bungkus ais kiub
-LAYAN CUSTOMER.

Layan customer lah yg paling aku tak tahan. Serius oi. Customer yang ok, ok la kan. tapi kalau dpt yg cerewet, memang tak tahan. Rasa mcm nk cabut lari ja.

Ada sorang pak cik tu tnya aku kat mana brg yg dy nak beli . Aku  tak ingat brg apa yg dy nak tu,, tp aku mcm blur2 la sket..yela masa tu baru 3 hari aku kerja kt situ kot.. for sure la aku tak ingat. Pak cik tuh pulak expect aku tau. Lepas tuh boleh pulak dy kata kat aku mcm ni:
".....Kerja kat sini pun tak tau ka?....."
Masa tu, rasa macam nak buat muka mcm kt bawah ni. LOL!



Tapi bila pikir balik..yela dah nama pon kerja ngn orang , jadi kuli batak org,, tahan sajala..
Macam mak aku pernah pesan, dah nama pon kerja ngn orang, kena buat telinga tebal .True!

Bila kerja  baru dapat rasa susahnya nak cari duit. Walaupun letih sgt2 nih, bgun pagi ja tetap kena p kerja..No work,  no money. Lani baru dpt rasa susah senang mak aku nak cari duit utk kami 1 famili. Nak besarkan kami, nak bagi makan kami lebih2 lagi lepas ayah dah tak ada. Hurmmm...

skrg mgkin aku tak rasa sgt sebab aku tak ada tggungjawab lagi. Orang bujang katakan, pikir diri sendiri saja la. Tapi once dah kawen, ada anak sendiri,, ha masa tu lu rasalah sendiri!

So, kpada sapa2 yg selama ni hidup bergantung dgn duit mak ayah, duit nak topup pon mak ayah yang bagi, dipersilakan utk kerja sendiri. Tak payah lama.sebulan pun dah cukup. Masa tu kita akan lebih menghargai parents kita. :')
Posted by Chekgu As at 9/15/2013 01:21:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ASSALAMUALAIKUM semester 6

Assalamualaikum dan selamat pagi buta.

Jam dah pukul 3pagi tapi aku tak tidur lagi. Maybe nilah penangan makan kueytiaw pattaya sambil tgok movie ngan cik su td. Makan lewat tidur pun lewat ye dok?

ok baru sedar yang aku dah lama tak update blog. Bukannya apa, tersangat sibuk dengan kerja.Yes, aku kerja. Part time kat pasaraya..Byk nk cerita pasal kerja tuh, but not in this entry. Kalau aku rajin, nnt aku story mory pasal kerja tu.

Berbalik kpda topik di atas, dah seminggu bermulanya semester 6, tahun akhir. OHH.....macam tak percaya aku dah pegang title FINAL YEAR STUDENT.
 Rasa macam baru semalam dftar masuk kt UPM.Serabai-serabai, blurr,hingus meleleh, ok yg ni over.



This sem aku pindah kolej. dari kolej 13 aku nomad pulak ke kolej 12. 
Reason?
Kena buang kolej. 
Aku skrg still dlm tempoh "adaption".
Semua lain. 
Bilik dah lain.Kalau dulu siap boleh main futsal dlm bilik.
Skrg nak main batu 7 pun susah.Sempit.
Kalau dulu boleh lepak2 atas kerusi batu depan bilik.Skrg keluar bilik nampak org buat tak tahu.
Emm..
Sabar Asiah...setahun ja lagi,,

ASSALAMUALAIKUM semester 6 :D


Posted by Chekgu As at 9/15/2013 03:30:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum..

Semua org post pasal hari bapak.
Upload gambar bapak.
Letak caption panjang2.
Aku tak.

Selamat Hari Bapa buat semua ayah2 kt luar sana dan buat ayahku di sana.
Al-Fatihah :')
Posted by Chekgu As at 6/16/2013 05:58:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, June 10, 2013

Take note k! :)

bila sudah suka--

sukalah sahaja,


jangan buat yang macam-macam orang tak suka.


kalau sudah suka--

pergi kat makbapak dia,


cakapkan "makcik, saya 'nakkan dia".-Fyn Jamal



Legend
 #1p1 #zaman #hingusan

Posted by Chekgu As at 6/10/2013 03:50:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, June 8, 2013

Random

My random drawing.
Dah lama tak buat statistik. Karat. Hopefully dpt jawab nanti (:



Posted by Chekgu As at 6/08/2013 04:54:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, June 7, 2013

FYP in progress

Assalamualaikum.
Sangat sibuk.
Sibuk buat FYP.
Sibuk study.

Pendek kata, sibuklah!


Lambakan kerja

Tengah study untuk final, terfikir gerangan esaimen yang tak siap lagi. Bila buat esaimen, terfikir gerangan FYP yang x sentuh lagi. Ohh!!I'M IN LOVE...... =_______________='

Posted by Chekgu As at 6/07/2013 12:36:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, May 26, 2013

Burnout

Assalamualaikum.
Selamat malam.
Selamat sejahtera.
Selamat menyiapkan FYP, eh!

Just nk bagitau yg i'm having my hard time right now. Byk esaimen dh submit, alhamdulillah. Niat di hati boleh la fokus kt FYP.. bahan semua dah kumpul, dh construct idea nk buat research proposal. Baru nk Bismillah dgn tajuk FYP "Faktor keluarga dlm mempengaruhi pencapaian pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan" tapi..tapi..tapi.. diuji dengan karenah supervisor yg menolak mentah2 tajuk tersebut selepas beliau 'meluluskannya' seminggu yg lalu.

Subhanallah. Berkaca-kaca mataku. Tak tumpah.Beku.

Aku secara paksa RELA kena tukar tajuk "JOB BURNOUT dalam kalangan guru sekolah rendah di Kedah"


Bakal mengadakan research di 21 buah sekolah rendah Daerah Padang Terap. 
Sungguh aku tak kuat Ya Allah. 




Posted by Chekgu As at 5/26/2013 01:15:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, May 23, 2013

Microteaching 2.0

Assalamualaikum

Baru saja menyiapkan semua kerja Dr Shima n microteaching pagi tadi penyudah segala esaimen beliau yg @@#$%%^ tuh.
Alhamdulillah, i did it. Got  a very positive comment from her, i feel blessed. Syukur.
All the best to Su, Intan and Aman next week. :)


p/s: Not sure bila boleh start fyp bila tajuk pun masih kena reject lagi. =.='


Posted by Chekgu As at 5/23/2013 06:00:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, April 28, 2013

microteaching fever

Assalamualaikum.

I'm having microteaching fever right now.
Susah hati. Confident level 10%.


cc: Govind Pund/Fb


Posted by Chekgu As at 4/28/2013 11:06:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, April 25, 2013

UNIDENTIFIED SV

Assalamualaikum dan selamat petang uoolss...

Sepatutnya aku kena jumpa SV petang ni.Tetba dpt msj dr Grey yg menyatakan  DR.Shuaib tak dak kt fakulti. 

Huarghhh...huargh..........T.T

Bila la Dr nih nk 'mewujudkan' dirinya di fakulti.
BILA AKU NAK START WRITING FYP NIH kalau nk jumpa supervisor pon mengalahkan nk jumpa menteri!

p/s: tetiba rasa menyesal kenapa la sv aku dekan HEP. Busy ja memanjang!


Posted by Chekgu As at 4/25/2013 03:29:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, April 20, 2013

Projek Agrotek


Agro7 enterprise

BEST FROM FARM!!

Kami menjual ayam pedaging yang siap diproses dan juga sayuran seperti:

-kangkung
-kacang panjang renek
-kailan

Semuanya pada harga yg ISTIMEWA!

 
Pergi ke kedai membeli betik;
Kedai terletak di tepi hutan;
Ayam dijamin tidak disuntik; 
Tentunya baik untuk kesihatan.

p/s: promote group aku punya projek. Mai-mai pakat beli na :D
Posted by Chekgu As at 4/20/2013 02:20:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ayam, beli, murah, sayur, tidak disuntik

Monday, April 15, 2013

Another ABM!


Assalamualaikum w.b.t.

Saya sangat sibuk tapi still dapat update blog nh. Apa petandanya tuh?
Yeap!Itu tandanya aku nih malas rajin nak buat kerja yang berlambak tuh. Terfaktab.
heh heh
Semenjak kena buat ABM sem ni, rasa macam makin berseni pulak aku ni. Tgok jela pic carta yg aku buat kt bawah nh. Cantik ye dok?? *ok perasan.




p/s: Sangat respect dengan wardina Safiyyah. Tgok pic yg dy upload pasal celebrate birthday anak dia.Instead of buat parti yg entah apa2, baik buat something yang mendekatkan diri kepada-Nya. And for sure, that inspire me as well :)

Posted by Chekgu As at 4/15/2013 01:23:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, April 12, 2013

Pengalaman di SMKDSA

Assalamualaikum w.b.t

Ok. Macam mana ya nak buat ayat intro entry yg sedap n meletop? Just realize that yg ayat aku berterabur, tunggang-langgang, sangat!. Nak kata tak pandai buat karangan, SPM dapat A1 jugak BM. Reason? yeah, maybe sebab kurang membaca?tett!

Ok.That's not the point. Pedulikan pasal kemahiran membuat ayat2 segala tuh, aku nk share pengalaman aku kt SMKDSA = SEK MEN DATO' SYED AHMAD.

Aku buat apa kt situ? Mesti hampa curious kan kan kan?

This semester, aku ambil subjek kaedah mengajar sains (sebab minor aku sains). Dan kitorang ditugaskan utk pergi sekolah, observe cg2 yg mengajar subjek sains di sekolah menengah. Observe? yep!in other word, hg 'usha' la cg tuh wt apa dlm kelas.macam mana dy conduct P&P, control students dlm kelas, etc.

Apa yg cg buat dalam kelas semua kena catat + record (kalau dibenarkan). Kalau cg tuh terkorek hidung, then perlu catat jugak kah?? 
TAK PERLU LAH KOT!

Aku observe 2 hari sj. 1st on april 7 , 2nd on the april 8. Perasaan??
 BERCAMPUR BAUR....entah.undescribeable.
Pertama kali jejak kaki kt sekolah setelah bertahun-tahun lamanya tak pernah g sekolah, rasa macam Nervous. sumpah! Masuk je gate skolah, rasa mcm:

"...eh2, aku buat apa kt sini, rasa mcm nk on suis kereta, then pecut laju2 blah dr skolah..."

Yg xmenahan tuh, budak2 skolah bajet aku noh cg praktikal. Dari jauh nampak, aku tedengar depa bisik2:

"..eh2 ada cikgu baru la..."

Mereka pon berjalan mendekati aku.Lalu ja sebelah aku 

"...Assalamualaikum cikgu..."

NAH! Tanpa berfikir panjang aku pon:

"...Waalaikumussalam..." 

INI SEMUA POYO!!!!! 
Tapi dalam hati aku berbisik "..macam nih rasanya jadi cikgu, Ya Allah, indahnya..Saling mendoakan kesejahteraan sesama warga sekolah..(assalamualaikum=selawat dan salam keatas kamu)..."

Aku observe 3 kelas, n 3 org cg yg berbeza.
CG INA, CG SOM CHIT & CG PAH.
Terima kasih atas kerjasama yg cg berikan.

Hah!ni lg 1 benda yg aku realize. BUDAK2 SEKOLAH ZAMAN SEKARANG LAGI TINGGI DARI CIKGU. Mungkin aku perlu belajar terima hakikat yg nanti anak murid aku mesti lagi tinggi dari aku. Oleh itu, starting from now onwards, aku perlu membeli heels secara pukal so that aku x tenggelam di sebalik anak murid nanti.Jgn sampai xbleh nk beza mana 1 cg, mana 1 anak murid  sudah. #parah

ok.Dah banyak aku bebel. Jom tgok pulak pics kt bawah nh:

cikgu pah


eleh..malu le pulak

cikgu som chit.bersungguh!

cikgu awet muda=cikgu ina


cikgu som chit yg hensem + awesome!

Ok. Ni ja yg aku nk share ngn hampa for this entry. Aku sangat2 enjoy masa buat observation nih walaupun agak letih. But, no pain , no gain right?
K, gud nite evryone. besok nk bagun awal nk borong kain pasang kt Tangkak pulak :D


Posted by Chekgu As at 4/12/2013 01:48:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, April 2, 2013

Hiking @Gunung Bunga Buah

Assalamualaikum w.b.t

Aku baru ja lepas siapkan sorotan literatur masa taip this entry. Tak payah tanya sorotan literatur /literature review tu apa, just bebudak yg kena buat FYP yang tahu. =.='

Btw, aku bukan nk ckp pasal FYP yg @#$$%% tuh.Aku just nk bagitaw yg hari nih, kitorang bebudak kelas biodiversity and conservation, pergi hiking @Gunung Bunga Buah. Best woo!! GBB nih located dekat area2 Genting Highland.Kiranya nampak la GH view masa collect sample tuh. *Dugaan
 Kitorang gerak dari fakulti dalam pukul 9.15 a.m then sampai sana dlam pukul 10.30 a.m.

Act kitorang plan nk naik puncak, tapi disebabkan kekangan masa + Dr Rusea terlupa nk bawa baju hujan, so x jadi naik sampai puncak la. But still, sample kitorang collect mcm biasa. This is for assigment actually. Kena buat herbarium pasal plant taksonomi > bryophytes, fern & etc. Ok. Aku bet sure korang tak paham.emm, xpayah paham pon xpa.

Malas nk cakap byk.Layan ja pics yg aku tempek kt bawah nih. 

periuk kera

bamboo orchid

strawberry hutan


Orang-orang hutan



buah tin.?


Gerald si mamat bunga


cikgu asiah+cikgu intan


Mohon sedut byk2.bikin kurus sama ini gerald.



Gerald lg.

Gray bersama sample yg di collect.Ketiduran~~~

SENTAP


p/s: mohon miss Yen Yi x reject sorotan literatur aku besok.kbai.











Posted by Chekgu As at 4/02/2013 01:42:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, March 30, 2013

....

Assalamualaikum.

Just nak bagitau aku tengah buat esaimen. Lepas tuh kan aku rasa CEMUIH sangat. Lepas tuh aku on FB. Lepas tuh aku tgok Alia tgh on9. Apa lagi, aku pon kacau la beliau. Beliau pon membalas chat aku.Aku rasa gembira. Phuuiii..

Tapi sebelum tuh aku bukak Youtube. Nak dengar lagu katanya. Lepas tuh aku pikir , aku nk dengar lagu apa. Nampak tak di situ? LIFELESS.Lepas tuh aku taip la new boyz.(tanpa motif yg dpt dikenalpasti). Dengar lagu Hanya Tinggal Sejarah dgn Sejarah Cinta Kita. Emm...mungkin lepas nih aku patot dgr lagu Sejarah Mungkin Berulang pulak.

Ok.Aku da start mengarut. Kbai.

p/s: cemuih=bosan


Posted by Chekgu As at 3/30/2013 01:52:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, March 27, 2013

Kerja Sekolah Cekgu Cekgi



Assalamualaikum w.b.t

Baru perasan lately nih aku selalu buat entry mengeluh, mengadu, melepas geram, menggatai..ok yg ni tak. 

Just wanna share this 'kerja sekolah'. Walaupun no marks will be given, aku just enjoy buat benda nih.

Fyi, benda yg aku tempek kt ats nih ialah carta. Yep, carta macam yg hg buat kt sekolah dolu-dolu. Ha rindu tak??rindu tak??rindu la tuu..hihi

As a future teacher, ABM=Alat Bantu Mengajar is a must!!Carta kt atas nih merupakan salah 1 contoh drpd  berlambak2 ABM yg ada. 

In short, ABM ni macam 'pembantu' cikgu2 utk sampaikan ilmu kt student dgn cara yg lebih kreatif & of course tak bosan!

Ok cukup setakat ni. Malas aku nk 'beletiaq' pjg2. Btw, Final Year Project aku dah start, n of course otak aku macam biasa , "BLANK".

Doakan aku. Mudah-mudahan semuanya berjalan dgn lancar, dapat penyelia yg baik n hasilkan thesis yg baik. Bismillah.

p/s: beletiaq=berleter



Posted by Chekgu As at 3/27/2013 01:31:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, March 23, 2013

Adab-adab Berkawan

Assalamualaikum.

Apa khabar uoolss? Sihat? 

To be honest, aku tengah 'menggelegak' masa taip entry nih.serius. REASON? 

-EQ x stable.
-PMS.
-Aku pemarah.
-or sebab tahap kesabaran aku dah sampai tahap maksima??


dan 1 lagi..maybe sebab banyak esaimen  yg x settle lagi..so aku jadi serabut..then bila member2/kawan2 cakap atau buat lebih kurang ja dengan aku ,, probability aku untuk 'BURST' tersangatlah tinggi...........

1 fakta:

Aku memang suka pendam apa yang aku rasa especially ngn member2 nih.Nak menjaga hati mereka kononnya.Kalau ada yang + or - , i just ignore it.

TAPI TAPI TAPI apa yang aku perasan, makin lama aku ignore, makin depa nak pijak kepala aku. Aku rasa golongan yang macam nih dah terlepas pandang pasal adab-adab berkawan. 

"...Serapat manapun kita dengan kawan , x semestinya kita boleh buat apa yang kita suka kat kawan kita ..sebab, yes, dia tu kan manusia juga. sama macam kita..."

So jangan:


  • guna kaki.
Please do respect ur friends.Ingat kawan tuh kucing kah yang sampai nk kais2 pakai kaki?
Nak 'bermanja' pon agak-agakla. KAKI kot. Kalau cakap mak bapak tak ajar, nanti ada yang tersentap pulak. Actually bukan setakat kaki ja ,banyak lagi.it depends. Contoh, jangan pegang kepala kawan. ZON PALING SENSITIF DOE!!! 

  • Tinggikan suara 
Especially kat tempat ramai orang/ ada orang lain kt situ. Malu woi. Kecik hati. Kalau tengah discuss pasal esaimen, do explain ur friend calmly. Relaxs beb.Tap payah nak tinggikan suara, kawan anda bukannya pekak tuli. Apatah lagi nak emo-emo bila kawan tanya. Dia just tanya ja kan..so jawabla dengan berhemah..Beware with ur tones!! Nada suara kita memang mempengaruhi apa yang kita cuba nak sampaikan. Kalau suara tinggi nampak macam belittle her/his. Buat dy nampak lagi BODOH. Tak rasa bersalah ke?


Ok 2 ja yang aku rasa perlu setakat nih. PLEASE ADMIT UR MISTAKES. Kalau rasa dah buat salah, MINTA MAAF. THROW AWAY UR EGO.......................Biasalah...kita ni manusia. bukannya malaikat. Sesekali tuh mestilah ada buat salah jugak.Ye dok???

Kalau dgn strangers, senang2 ja nak cakap "sorry/maaf" tak kan dengan member sendiri pon tak boleh??? 


K.Adios.







Posted by Chekgu As at 3/23/2013 11:31:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, March 16, 2013

Cikgu Gulp Gulp

Assalamualaikum.....

Tadi Dila ada singgah bilik aku.Then then guess what?yep, beliau dtg bersama 'soalan2 bonus'. Sumpah aku stress. Just imagine la kan..hampa dok syok2 on9, stalking, etc...tetiba ada someone ckp mcm nh:

"...weh asiah bunga atas meja nih ko beli kt mane?Takde pakwe nk bg kt ko ke??.........."

Haha!Tersentap menyentap sampai kodiang nuh bak hang! 

Then dy cakap lg:

"...ko xrisau ke??lg bape sem je ko kt sini?next year da nk grade kan??...carilah pakwe..."

Gulp.Gulp.Gulp.

Yes, aku mengaku apa yg dy cakap tuh memang betul pon. Tapi tapi kan aku rasa la..xpayah nk risau lg kot.Yala, kan jodoh tuh rahsia Allah.Buat apa nk sebok2 dok fikir. I trust Him. TITIK.

Btw, berbalik kpd cita da nk grade. aku nh kan bakal guru(ecece)..so this sem byk la koleksi buku2 ala-ala cikgu gitu.ihikz!

Suatu masa dulu, sy memiliki buku ini sebagai pelajar,
dan kini saya memiliki buku ini sebagai bakal guru <3

Pinjam ja reti. Baca belum tentu lagi.
Btw, thanx library PKSSAS!

p/s: Mak aku pesan, belajar rajin2, kerja then baru pikir pasal nikah kahwen nih. Masa tuh, sapa berani, maila masuk meminang,yes, i will !!..(Ok.gedik)


Posted by Chekgu As at 3/16/2013 01:28:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, March 12, 2013

Announcement #3

Assalamualaikum w.b.t

Aku just nak bagitau yg hari nih aku letih sangat.

LETIH YA AMAT SANGAT :(

Jadual kelas yang tersangat la padat. Padat.Sangat.Sangat padat.Teramat sangat padat.

May Allah ease everything.Bismillah.



Posted by Chekgu As at 3/12/2013 12:30:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 10, 2013

The Making of......Crochet Bag

Assalamualaikum w.b.t




Apa khabar uollss???Actually pagi nih aku plan nk settlekan assignment yg berlambak tuh, tapi kan rasa macam menyampah pulak nak hadap esaimen tu lelama.

 So, aku pon amek camera, snap!snap!snap then tempek kt blog nih as my new entry.*sila refer pics yg tertera di bawah.


Macam mana boleh terfikir nak mengait2 bagai nh?



Mini punya pasallah. Aku ternampak dy punya bag then i fall in love with it!!heh.heh.heh


Memandangkan 1 habuk pon aku xtahu pasal crochet nh, then aku pon bukak la youtube dgn harapan nk tgok tutorial mengait. So, aku pilih this video sebab it's easy cheesy to follow the steps.


Tak semua orang boleh mengait tau. Hanya orang yang banyak bersabar je yg boleh buat, like me???*rolling eyes.



Malas nk cakap byk. Tgok ja pics my crochet bag yg xtahu tahun bila nak siap nih.



Bahan: 2 ketul benang berlainan warna. Kalo sama warna pun ok.up to you.

Bahan: jarum mengait. Aku pilih saiz 10. Lagi besar jarum, lg senang nk kait.

Otw nak jadi beg. #tak #nampak #macam #beg #pun

Supposed to be like this!



Ha yang nih esaimen list aku. Tetiba aku wonder "........esaimen berlambak, but still have leisure time buat kerja2 lagha nih......"
*Dush3!!!

p/s: Happy weekend everyone :)

Posted by Chekgu As at 3/10/2013 01:04:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, March 9, 2013

Bersediakah aku?

Assalamualaikum w.b.t


Sekarang dah sem 5..Sem depan sem 6.. dan sem seterusnya sem 7.Nah! PRAKTIKAL! To be honest, aku tak bersedia lagi nk jadi cikgu. TERFAKTAB. 

"...Betul kamu nk jadi cikgu nh? Saya tanya kamu sekali lg, betul kamu nk jd cikgu?............"kata Dr.Yati kepada pelajarnya termasuk aku.

"...Nak jadi cikgu nih bukan senang tau. Dengan keadaan pelajar sekarang nih yg macam2 ragam n karenah, kamu yakin kamu boleh jadi cikgu yang baik?......" Dr.Shima

B.U.N.T.U


 Rasa macam seram pulak nk praktikal nanti. Dhla budak2 skrg nih tggi2, tenggelam la Cikgu Asiah yg kemetot xberapa nk tggi nh.kih3 
Sambutan Hari Guru di Bukit Tinggi. 



Posted by Chekgu As at 3/09/2013 12:08:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

pagi2 gosok gg,sila dtg lagi!!

Thank You Clip Art
Thank You Clip Art
Clip Art
clip art
Backgrounds & Flower Backgrounds

Thanx!!

Myspace Falling Objects

glitter-graphics.com
My photo
Chekgu As
Selangor, Islam, Malaysia
emosi mudah terganggu dgn nasi goreng kampung + nescafe.sgt berharap wujudnya mesin lipat baju.oh ya, bukan penggemar k-pop tegar.
View my complete profile
blog counter
blog counterDiseño WebDiseño Web Sevilla
Clip Art
Graphics

Ini mak saya(bju hjau),,^__^

Ini mak saya(bju hjau),,^__^

Blog Archive

  • ►  2014 (12)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
  • ▼  2013 (27)
    • ▼  November (3)
      • Deep
      • What Keeps Teachers Going?
      • Macam microphone
    • ►  October (1)
      • Miccos 2013
    • ►  September (4)
      • Mari melukis!
      • FYP Thingy TT
      • Pasaraya Desa Sapura, Pui dan Ida.
      • ASSALAMUALAIKUM semester 6
    • ►  June (4)
      • Selamat Hari Bapa
      • Take note k! :)
      • Random
      • FYP in progress
    • ►  May (2)
      • Burnout
      • Microteaching 2.0
    • ►  April (6)
      • microteaching fever
      • UNIDENTIFIED SV
      • Projek Agrotek
      • Another ABM!
      • Pengalaman di SMKDSA
      • Hiking @Gunung Bunga Buah
    • ►  March (7)
      • ....
      • Kerja Sekolah Cekgu Cekgi
      • Adab-adab Berkawan
      • Cikgu Gulp Gulp
      • Announcement #3
      • The Making of......Crochet Bag
      • Bersediakah aku?
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
  • ►  2011 (54)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (22)

My Blog List

  • Santai Bersama BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
    1 week ago
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
    3 years ago
  • Elia : Short & Sweet
    Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
    6 years ago
  • Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat
    J-Pace SUV Review 2018
    7 years ago
  • KATAbicaraHATI
    Od czego zacząć zdrowe odżywianie?
    8 years ago
  • ...Inspirasi Lagenda....
    MEMORI DI UPM....
    11 years ago
  • ~assalamualaikum~
    i love my Mok Ayoh (^_^)
    12 years ago
  • its me ^^
    green.peace.politics free
    13 years ago
  • Mixx Mimie
    ffdt
    13 years ago
  • 'nothing is impossible'

Powered by Blogger.