-->

Kutub Utara Kutub Selatan

qasehsayang18.blogspot ~~TeeNagE DreAmS~~


glitter-graphics.com

glitter-graphics.com

Monday, September 30, 2013

Mari melukis!

Assalamualaikum w.b.t

Baru lepas siapkan 43 drawingssss utk lab hortikultur hiasan. 
Memang tak pandai lukis..tapi pics yg aku tempek kt bawah ni 2 out of 43 drawings yang aku rasa lawa la. 
Aku rasa oke. Aku ja la ;)

Lukis--->Scan--->Upload. Yes, aku memang gigih!





Posted by Chekgu As at 9/30/2013 02:07:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, September 29, 2013

FYP Thingy TT

Assalamualaikum.

Dah berbulan-bulan collect data, tapi hari ni baru terasa nak analyze data pakai SPSS. Bukannya apa, malas nk menyesakkan dada, memeningkan kepala, melebamkan mata, n menghilangkan selera bila dah start analisis data yang aku dapat dari survey.

 Ponat oii. 1 whole day aku just belek benda kt bawah ni.


maaf atas kualiti gambar tahap sampah



Untuk pilot test, sepatutnya aku dapat 1.0 untuk kebolehpercayaan. Tapi tapi kan setelah data yg aku dapat dianalisis, aku just dapat 0.2 untuk kepuasan kerja n 0.02 untuk job burnout. Guane tu?

Ok aku dah start pening. Mungkin  aku patut stop buat benda ni n beralih arah pulak kt 40 lukisan yg aku kena htr next week. Go go Asiah!

Gambar yang diambil ketika masih bahagia tanpa ada sekelumit perihal FYP dalam memori. Dush!


Posted by Chekgu As at 9/29/2013 12:01:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, September 15, 2013

Pasaraya Desa Sapura, Pui dan Ida.

Assalamualaikum.
Bangun tidur pagi ni tengok Su dah tak ada atas katil.
Where's Su????
Sob sob sob.

Oke.
Entry kali nih aku nak cerita pasal pengalaman aku kerja during previous semester break.
Jadi part timers kat Pasaraya Desa Sapura. Tauke pasaraya ni nama dia Pui and Ida tu pulak my workmate.
Aku kerja kat situ sebulan ja, during August.

Working hours: 10 a.m-8 p.m. Kerja kat situ enjoy la jugak..kira ok la sebab dapat tauke yang gila2 walaupun he's Chinese and Ida pon sekepala dgn aku.

Disebabkan aku kerja kt situ masa bulan puasa, so kerja teruk la sket. Kat bawah ni list kerja yang aku kena buat:
-pagi2 sapu sampah, luar n dalam kedai.
-susun air tin/kotak dalam peti bagi penuh.
-letak harga barang
-susun brg2 atas rak.
-bungkus ais kiub
-LAYAN CUSTOMER.

Layan customer lah yg paling aku tak tahan. Serius oi. Customer yang ok, ok la kan. tapi kalau dpt yg cerewet, memang tak tahan. Rasa mcm nk cabut lari ja.

Ada sorang pak cik tu tnya aku kat mana brg yg dy nak beli . Aku  tak ingat brg apa yg dy nak tu,, tp aku mcm blur2 la sket..yela masa tu baru 3 hari aku kerja kt situ kot.. for sure la aku tak ingat. Pak cik tuh pulak expect aku tau. Lepas tuh boleh pulak dy kata kat aku mcm ni:
".....Kerja kat sini pun tak tau ka?....."
Masa tu, rasa macam nak buat muka mcm kt bawah ni. LOL!



Tapi bila pikir balik..yela dah nama pon kerja ngn orang , jadi kuli batak org,, tahan sajala..
Macam mak aku pernah pesan, dah nama pon kerja ngn orang, kena buat telinga tebal .True!

Bila kerja  baru dapat rasa susahnya nak cari duit. Walaupun letih sgt2 nih, bgun pagi ja tetap kena p kerja..No work,  no money. Lani baru dpt rasa susah senang mak aku nak cari duit utk kami 1 famili. Nak besarkan kami, nak bagi makan kami lebih2 lagi lepas ayah dah tak ada. Hurmmm...

skrg mgkin aku tak rasa sgt sebab aku tak ada tggungjawab lagi. Orang bujang katakan, pikir diri sendiri saja la. Tapi once dah kawen, ada anak sendiri,, ha masa tu lu rasalah sendiri!

So, kpada sapa2 yg selama ni hidup bergantung dgn duit mak ayah, duit nak topup pon mak ayah yang bagi, dipersilakan utk kerja sendiri. Tak payah lama.sebulan pun dah cukup. Masa tu kita akan lebih menghargai parents kita. :')
Posted by Chekgu As at 9/15/2013 01:21:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ASSALAMUALAIKUM semester 6

Assalamualaikum dan selamat pagi buta.

Jam dah pukul 3pagi tapi aku tak tidur lagi. Maybe nilah penangan makan kueytiaw pattaya sambil tgok movie ngan cik su td. Makan lewat tidur pun lewat ye dok?

ok baru sedar yang aku dah lama tak update blog. Bukannya apa, tersangat sibuk dengan kerja.Yes, aku kerja. Part time kat pasaraya..Byk nk cerita pasal kerja tuh, but not in this entry. Kalau aku rajin, nnt aku story mory pasal kerja tu.

Berbalik kpda topik di atas, dah seminggu bermulanya semester 6, tahun akhir. OHH.....macam tak percaya aku dah pegang title FINAL YEAR STUDENT.
 Rasa macam baru semalam dftar masuk kt UPM.Serabai-serabai, blurr,hingus meleleh, ok yg ni over.



This sem aku pindah kolej. dari kolej 13 aku nomad pulak ke kolej 12. 
Reason?
Kena buang kolej. 
Aku skrg still dlm tempoh "adaption".
Semua lain. 
Bilik dah lain.Kalau dulu siap boleh main futsal dlm bilik.
Skrg nak main batu 7 pun susah.Sempit.
Kalau dulu boleh lepak2 atas kerusi batu depan bilik.Skrg keluar bilik nampak org buat tak tahu.
Emm..
Sabar Asiah...setahun ja lagi,,

ASSALAMUALAIKUM semester 6 :D


Posted by Chekgu As at 9/15/2013 03:30:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

pagi2 gosok gg,sila dtg lagi!!

Thank You Clip Art
Thank You Clip Art
Clip Art
clip art
Backgrounds & Flower Backgrounds

Thanx!!

Myspace Falling Objects

glitter-graphics.com
My photo
Chekgu As
Selangor, Islam, Malaysia
emosi mudah terganggu dgn nasi goreng kampung + nescafe.sgt berharap wujudnya mesin lipat baju.oh ya, bukan penggemar k-pop tegar.
View my complete profile
blog counter
blog counterDiseño WebDiseño Web Sevilla
Clip Art
Graphics

Ini mak saya(bju hjau),,^__^

Ini mak saya(bju hjau),,^__^

Blog Archive

  • ►  2014 (12)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
  • ▼  2013 (27)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ▼  September (4)
      • Mari melukis!
      • FYP Thingy TT
      • Pasaraya Desa Sapura, Pui dan Ida.
      • ASSALAMUALAIKUM semester 6
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (6)
    • ►  March (7)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
  • ►  2011 (54)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (22)

My Blog List

  • Santai Bersama BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
    1 week ago
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
    3 years ago
  • Elia : Short & Sweet
    Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
    6 years ago
  • Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat
    J-Pace SUV Review 2018
    7 years ago
  • KATAbicaraHATI
    Od czego zacząć zdrowe odżywianie?
    8 years ago
  • ...Inspirasi Lagenda....
    MEMORI DI UPM....
    11 years ago
  • ~assalamualaikum~
    i love my Mok Ayoh (^_^)
    12 years ago
  • its me ^^
    green.peace.politics free
    13 years ago
  • Mixx Mimie
    ffdt
    13 years ago
  • 'nothing is impossible'

Powered by Blogger.