-->

Kutub Utara Kutub Selatan

qasehsayang18.blogspot ~~TeeNagE DreAmS~~


glitter-graphics.com

glitter-graphics.com

Sunday, June 22, 2014

Hari sukan SMK Sijangkang Jaya













Cekgu Cekgi


Posted by Chekgu As at 6/22/2014 09:59:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, May 10, 2014

*



Posted by Chekgu As at 5/10/2014 09:41:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, May 1, 2014

I'm Traumatized!

Assalamualaikum.
Selamat pagi awak.
Selamat Hari Pekerja jugak :)

Hmm.
Aku nak share 1 pengalaman ni.
Pengalaman yang berlaku 2 bulan yang lepas *kalau x silap la.
Masa tu aku otw nak ke  Nationwide Kajang, nak p ambil motor Intan.
Tengah otw, jammed.
Macam semut.
Sikit2 ja jalan.
Aku jaga bebetul "bontot" abam yang kat depan aku ni.
Walaupun kereta aku manual, n rasa macam nak tercabut kaki sebab asyik dok main clutch, tapi aku fokus woi.

Tapi tula orang selalu kata.
Excident ni 2 jenis ja:
1. Kita langgar orang
2. Orang langgar kita.

Aku tak tau la apa abam kat belakang aku tu buat, tetiba ja bunyi dentuman kuat  gila kat "bontot" kancil aku.
Lepas tu aku dapat rasa kancil aku ni laju ja terbang p cium pulak "bontot" abam yg kat depan aku.

Gigil.
Aku tak tau nak buat apa time tu.
Nasib baik ada Intan.
Dy yang take over.
Masa tu aku dah pucat lesi.
1st time woi.
3 kereta sekaligus pulak tu.




Disebabkan kereta aku kat tengah2, so dalam 3 kereta tu, kancil aku la yang kemek paling teruk.


Lampu pecah, bonet depan tersompek, bonet belakang kemek, fog lamp pecah,etc.



Lepas Intan borak2 dengan abam yang langgar aku tuh(aku dah tak dapat berfikir dgn rasionl time ni), rupanya masa drive tu dy tengah serabut. Dy  otw nak pergi ambil ubat anak dy yg tengah sakit. Time tu pulak wife dy asyik call. So, dy depressed, dy xfokus drive. Dy langgar aku, aku depressed. Ha nampak x permainan kat situ?

So, kepada pemandu2 sekalian, 1 ja aku nak pesan. Once awak pegang stereng, campak jauh2 segala masalah or anything that may distrupt ur focus while driving.

Please be safe and stay alert.

p/s: Walaupun dah 2 bulan, but i'm still traumatized. Nak-nak pulak kat kawasan yg tengah jammed. Rasa berpeluh semua ada.Ohh, anyone anytips?
Posted by Chekgu As at 5/01/2014 01:13:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, April 27, 2014

Tipah's Perfect Future Husband.

Assalamualaikum.

Morning uolss.
Masa tengah belek2 SD Card camera, ternampak 1 pic ni.
Gambar yang aku ambil masa buat discussion hari tu.

*Tersengih sesorang aku tengok pic ni.

 

Alkisahnya masa tengah buat discussion tu, aku bosan yang amat sangat. So, tahu tahu je la Asiah Majid ni kan. Mana pernah nak serius bila tengah buat discussion.

So, aku tanya la Tipah.
"Tipah, ce cite sikit ko punya dream guy".

Tipah ni pulak selamba ja orangnya, so dia voice out la apa yg dia nak.
Asiah Majid pun apa lagi, cepat ja tangan menulis apa yang Tipah sebut.(Kalah abam nara tahu?)
So guys, ada x ciri2 kat atas? Kalau ada n berminat, PM me lelaju, k?
p/s: Serious buyer only.Bahaha.
 
 
Posted by Chekgu As at 4/27/2014 12:57:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, April 21, 2014

AsperV Reunion.Janji Kau Havoc!

Assalamualaikum..

Morning uollss...so pe cite pagi  isnin ni?
Ada fefeeling Monday Blues x?hehe.

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku ada bagitau nak cerita pasal dinner asasi kan?
Actually dinner ni lebih kurang macam gathering la.
Not a formal dinner pun.
Buat dekat Bangi Golf Resort Clubhouse.

Dinner ni reunion untuk bebudak asasi sains pertanian(ASPER) batch 5 selepas 5 tahun tak jumpa.
Diorang semua2 ni ada ja dekat UPM ni, tapi almaklumla, busy sangat weollss kan??ahakz!

Cuma yang bezanya, reunion kali ni dah ada yang sambung master, yang dah ada anak, yang baru kahwin n yang akan kahwin!(oh, tak tau nak happy ke nak sedih?)
Ok.Stop Asiah.
Jangan buat Asiah Majid bercerita pasal kahwin boleh?

Malas nak basi-basi, jom layan pics kat bawah ;)


 
Intan|Fatin|Rahmah aka Kak Mah
ex-groupmate
Kak Mah ni orang Sarawak tahu!

 
The one and only Priya.
Ex-groupmate.
A very kind-hearted girl. Serious.

 Aha.
Ni selfie time tengah ambil gambar bebudak batch.
Kami tak penyabar.
Lama sangat nak tggu semorang.
Kami snap dulu noh!



 Intan sangat teruja dapat hadiah cabutan bertuah.
Intan memang bertuah sebab setiap kali cabutan bertuah, dialah yang ada tuah tuh.
Aku?
Buat acah-acah adrenalin boleh la nok!


 Cikgu-to-be.
Su|Intan|Aku|Tipah|Bit|Ain|Grey


 Apa Muiz buat kat belakang tu?

 Ni sengih kupang namanya, bukan kerang lagi dah.


Zakiah
Cantik nama, cantik lagi orangnya.
My roomate.

 Oke.
Kejap.
Nak pikir nak letak caption apa untuk gambar ni.
 Intan n Tikah.
Intan lagi.
Depa dua ni buddies, takkan terpisah.
Hidup JDT! *tetiba

 Pikah | Hasif | Martini
Actually depa ni 4 serangkai.
Yang sorang lagi tu Min.
Dia xboleh join dinner. Tengah cuti. 
Time asasi dolu2, depa ni kemana pon berempat ni jela.hmmm

Suhail | Fifi
Dua orang ni budak HORT.
Bukan typo.
Memang Hort.
Horticulture.hehe
 Ex-groupmate.
Group 5.
Jangan tertipu dengan gambar ni.
Ada yang bukan Group 5 pun.
Sebok!

 Finally!
Ex-ASPER batch 5(2009-2010)
Baby kat depan tuh anak buah pertama kitorang tahu?

Actually ada banyak lagi gambar, tapi malas nk upload bebanyak. Tahu-tahu ja la usipot tuh. 
Before balik malam dinner ni, Ammar n Epa ada bagitau, akan ada lagi reunion lepas ni. Next 10 years. Ammar said kalau dia dah ada restoran time tu, dia akan belanja kitorang makan kat restoran dia. For FREE!!Amin, aku doakan kau Ammar, niat yang baik Insya-Allah tercapai :)

Masa tuh mungkin Asiah Majid datang bersama suami dan anak-anak tersayang.
#PrayForAsiah.


Posted by Chekgu As at 4/21/2014 11:58:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, April 20, 2014

Kembarkah?

Salam.

18 April 2014. Asper5 Reunion. Bangi Golf Resort Clubhouse.

Confirm la aku pergi. Mesti.
Tapi, entry ni bukan nak cerita pasal dinner tu tau.
Yang tu, next entry aku story k.

Ada sorang guy ni. Aku tak nak mention nama penuh dia.
Ex-asasi.
Mr. Z.
Tengok je muka Mr. Z ni,teringat kat seseorang.
Serious. 
Muka,ketinggian, warna kulit, cara jalan, cara cakap, cara korek hidung(ok yg ni over) semua sama!!


Sama beb.Sama!
Physical je kot sama. Hati budi tak tahu.
Sebab tak ada peluang nak kenal hati budi Mr Z or Mr. seseorang tu pon.

Ok tu je nak bagitau.
Posted by Chekgu As at 4/20/2014 07:01:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, April 14, 2014

Deep 2

Assalamualaikum.

Aku ingatkan dialah orangnya.
Tapi aku salah.
Its okay Asiah.
Sekurang-kurangnya Allah dah bagi petunjuk lebih awal.
Redha.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :')
Posted by Chekgu As at 4/14/2014 06:03:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, April 1, 2014

Family Dayyyy...

Assalamualaikum.

Petang ni ada family day budak final year cekgu cekgi.
Walaupun hujan turun dengan lebatnya, aku tak terkecuali untuk meloloskan diri kat situ.Dush! 
 
Best.
Sebab dapat makan for free.FREE beb!
Ada aktiviti tukar-tukar hadiah.
Ala..macam yang cikgu hampa selalu buat time hari guru dolu2 tuh..
Ha!yang tu la..
 
 

Aku tak tau yang ni hadiah sapa.
Tapi yang aku tau orang ni mesti tulus ikhlas bagi hadiah ni.Ceewahh!


Yang pensel ni Alang yang bagi.
Teruja aku tengok menatang ni.
Sah!Alang memang rajin.
Siap letak origami.
Kalau aku la, aku bagi ja pensel tu.
 Yang macam vase kat sebelah tu door gift time dinner fakulti.

p/s : Baru tersedar yang aku lagi rajin sebenarnya. Seriously. Aku yang ambil gambar, create collage, edit sikit2, pastu tempek kat blog ni. Bukan ke rajin namanya tu? #FacePalm

Posted by Chekgu As at 4/01/2014 01:05:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 30, 2014

How you define a "social" person?

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu uolsss...

Sebenarnya kan, aku dah lama nak tulis entry ni.
Tapi almaklumla..internet slow, so aku terpaksa tunda dulu hajat.

Baik.
Back to our main topic.
How you define a social person?

Aku rasa terpanggil nak buat entry pasal ni sebab lately ni my close friends macam nak argue dengan aku punya tahap sosial.
Bila aku cakap aku seorang yang sosial, diorang akan macam ni "eh yeke ko sosial?macam tak je..every weekend ajak keluar pun tak nak. Terperap je kat dalam bilik."
Dan dan tak kurang jugak yang akan cakap "a'a,ko memang sosial, sosial secara maya"..

Deep. Seriously.

And yes aku tak nafikan orang yang sosial ialah orang yang suka kepada orang ramai. 

Tapi, kaki jalan, shopping sana sini, hang out ke sana ke mari, this week pergi Mid, next week pergi Alamanda..doesn't mean that you are social enough.

Ok aku bagi contoh. Abu hilang kasut sukan dan dia terpaksa pergi ke Mall untuk beli kasut yang baru. Dia pergi Mall, masuk kedai kasut, have a small talk dengan pekerja kedai tu, beli dan kemudian balik. Korang rasa Abu ni sosial ke?

Of course la tak.Sebab?
Tak ada beza pun dia  duduk di rumah dengan dia pergi Mall. 
Situasi akan berbeza if and only if dia interact dengan orang lain.



Ok, nak bagi lebih jelas, aku bagi contoh. Dah sampai waktu Zohor, Abu pun pergi la solat kat surau Mall . Sambil tengah beratur panjang nak ambil wudhuk(biasala solat kat surau Mall memang mcm ni), dia  bertegur-sapa dengan seorang lagi yang tengah beratur kat belakang dia. Dan mereka pun berchit chat antara satu sama lain.

Ha.
Nampak tak bezanya di situ?

Bagi aku, orang ang sosial ialah orang yang PANDAI interact/communicate dengan orang lain. Tak kisahla kalau dia bukan jenis yang suka berjalan-jalan, tapi still pandai nak interact dengan orang sekeliling, yes, he/she is a social person.

Kenapa perlu PANDAI interact? Interact/communicate saja tak cukup ke?

Orang yang Pandai berkomunikasi dengan orang yang berkomunikasi ada beza tau.
Orang yang Pandai berkomunikasi ialah someone yang bercakap pada masa yang betul, dengan orang yang betul n bercakap benda yang betul.

Orang yang suka bercakap ni tak semestinya sosial.

Cakap pada masa yang salah, dengan orang yang salah n apa yang dia cakap tu salah. Pendek kata orang yang macam ni kerja menyentapkan orang saja. Yes, dia memang banyak cakap, tapi apa yang dia cakap banyak makan dalam. Then he/she is not a sosial person. Ni so sial namanya (maaf atas penggunaan bahasa yang agak kasar).

Oke.Berbalik pasal someone yang suka berjalan-jalan. Aku tak nafikan yang orang yang macam ni boleh dikatakan agak sosial. Sebab dia kena jumpa dengan ramai orang, nak beli tiket train, nak shopping yang dia perlu n wajib interact/communicate dengan orang lain.

Tapi macam mana pulak dengan someone yang jenis jarang sangat nak keluar berjalan-jalan unless ada benda yang penting saja?Dia ni betul ke anti-sosial?

Please guys.Don't  jump into conclusion saying that he/she is not a sosial person. Orang yang macam ni mungkin suka nak berjalan-jalan tapi ada benda yang menghalang mereka untuk berbuat demikian?
Apakah benda tersebut?
  1. MONEY constraint.
  2. time constraint.
  3. PHOBIA/TRAUMA.
Money constraint.



Hang tak sama dengan aku. Tak semua orang bernasib baik. Hang tak pa la. Anak orang berada.Call saja petang nanti terus bapak hang bank-in duit. Aku? Call mintak duit, minggu depan pun belum tentu dapat lagi. Duit yang ada cukup-cukup nak support makan kat kampus. Kalau bapak hang tak sempat nak bank-in, hang still ada kakak/abang yang akan support hang kalau emergency nak pakai duit.Aku?yes aku ada abang n kakak jugak. Tapi rasanya depa pun cukup-cukup makan ja. Ha, nampak tak bezanya di situ?

Time constraint.



Maybe hang dah siap buat esaimen sebab hang punya time management memang power. Esaimen dah settle, tunggu nak submit je lagi bolehla kalau hang nak keluar berjimba-jimba tak ingat dunia pun. Aku tak macam hang. Time weekend la aku nak qada apa yang patut. Rushing buat esaimen, study balik nota kuliah sebab aku tidoq ja masa dalam kuliah.Dush!

Phobia/Trauma.


Ada certain orang yang tak suka keluar berjalan sebab phobia/trauma. Contoh dia pernah excident masa otw nak p jalan-jalan. Dia jadi takut. Teringat-ingat masa ecxident tu. Bukan dia tak suka berjalan. Suka. Tapi rasa takut tu lagi kuat dari rasa suka.Then, dia decide, baik tak payah keluar berjalan-jalan.


 
Fuh, agak panjang entry kali ni. Niat aku bukan nak blame sapa-sapa. Tak. Bukan nak tunjuk yang aku sorang ja yang betul. Yang lain semua salah. Tak. Aku just nak korang realize yang kita tak sama. Cara kita fikir pun tak sama. So, jangan cepat judge orang. Walaupun rasa diri dah cukup hebat, but please consider others too :)


Posted by Chekgu As at 3/30/2014 01:40:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Final Year Dinner

Salam.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Anugerah Tokoh Akademik, Fakulti Pengajian Pendidikan, 2014.
Tahniah kepada Pok Nik jugak. Semoga tercapai hasrat untuk sambung belajar kat U.S sana nuh.


Posted by Chekgu As at 3/30/2014 01:40:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 16, 2014

Hujan rintik rintik

Assalamualaikum.Selamat pagi uolss.
Bangun pagi ni terdengar bunyi tik tok tik.
Yeay!hujan dah turun

 
Alhamdulillah .
Hujan rahmat di pagi Ahad.
Basah juga bumi UPM yang dah lama kering kontang ni.
Student pun dah jadi lintang-pukang. #gulp
Sudah Asiah sudah.
Malas nak bebel banyak.
I have test tomorrow T.T

 
Selamat sarapan semuaaa ;)

Posted by Chekgu As at 3/16/2014 10:02:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, March 6, 2014

Kaca Mata

Insiden ini berlaku di perpustakaan.
Kelibat sekumpulan pelajar perempuan yang sudah bosan menelaah buku-buku yang pada mereka seperti sudah hilang warna tulisannya.

Lalu berkata si ain "asiah, pakai la contact lens. Kau nampak muda"

Lalu asiah memakai semula kacamata yang diletakkannya di atas meja sebentar tadi.
Posted by Chekgu As at 3/06/2014 11:47:00 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

pagi2 gosok gg,sila dtg lagi!!

Thank You Clip Art
Thank You Clip Art
Clip Art
clip art
Backgrounds & Flower Backgrounds

Thanx!!

Myspace Falling Objects

glitter-graphics.com
My photo
Chekgu As
Selangor, Islam, Malaysia
emosi mudah terganggu dgn nasi goreng kampung + nescafe.sgt berharap wujudnya mesin lipat baju.oh ya, bukan penggemar k-pop tegar.
View my complete profile
blog counter
blog counterDiseño WebDiseño Web Sevilla
Clip Art
Graphics

Ini mak saya(bju hjau),,^__^

Ini mak saya(bju hjau),,^__^

Blog Archive

  • ▼  2014 (12)
    • ▼  June (1)
      • Hari sukan SMK Sijangkang Jaya
    • ►  May (2)
      • *
      • I'm Traumatized!
    • ►  April (5)
      • Tipah's Perfect Future Husband.
      • AsperV Reunion.Janji Kau Havoc!
      • Kembarkah?
      • Deep 2
      • Family Dayyyy...
    • ►  March (4)
      • How you define a "social" person?
      • Final Year Dinner
      • Hujan rintik rintik
      • Kaca Mata
  • ►  2013 (27)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (6)
    • ►  March (7)
  • ►  2012 (18)
    • ►  December (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  June (7)
    • ►  May (5)
  • ►  2011 (54)
    • ►  December (7)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (22)

My Blog List

  • Santai Bersama BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
    1 week ago
  • The Other Khairul
    Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
    3 years ago
  • Elia : Short & Sweet
    Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
    6 years ago
  • Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat
    J-Pace SUV Review 2018
    7 years ago
  • KATAbicaraHATI
    Od czego zacząć zdrowe odżywianie?
    8 years ago
  • ...Inspirasi Lagenda....
    MEMORI DI UPM....
    11 years ago
  • ~assalamualaikum~
    i love my Mok Ayoh (^_^)
    12 years ago
  • its me ^^
    green.peace.politics free
    13 years ago
  • Mixx Mimie
    ffdt
    13 years ago
  • 'nothing is impossible'

Powered by Blogger.